Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.pu] | منيڤو

Definisi : mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.pu] | منيڤو

Definisi : mengenakan tipu daya; mengakali: Pekedai itu selalu ~ pembeli-pembeli di kedainya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-TAGHABUN

Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

18 ayat. Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipumenipu)

berdasarkan firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu

pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al-

Taghabun (tipu-menipu)...”.

(Surah al-Taghabun 64:9)

UMUM 
BRADY, MATTHEW

Brady, Matthew (1799–1826), banduan

yang menjadi bush ranger, Australia. Dia yang

berketurunan Ireland lahir di Manchester, England,

dan dibawa ke Van Diemen Land (kini Tasmania)

pada tahun 1820, sebagai hukuman kerana

menipu.

UMUM 
PAK BELALANG

PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka.

SASTERAKarya

Kembali ke atas