| ASIMOV, ISAAC | Asimov, Isaac (1920–1992), pengarang Amerika. Dia mengarang kira-kira 400 buah buku untuk pembaca muda dan pembaca dewasa, kebanyakannya bukan fiksyen yang menitik- beratkan sains dan teknologi. Tetapi dia paling terkenal kerana fiksyen sainsnya. | UMUM | |
| POKOK HUJAN-HUJAN | Pokok hujan-hujan juga dikenali sebagai cenizero, ialah pokok teduh yang tumbuh dalam iklim tropika. Pokok hujan-hujan mempunyai batang yang pendek, tegap dan dahan yang panjang merendang. Sesetengah pokok lebih daripada 30 meter lebarnya. Pokok ini dinamakan pokok hujan-hujan kerana lembapan yang kelihatan seperti air hujan sering menitik darinya. Cecair ini sebenarnya adalah lelehan daripada serangga yang makan di atas pokok ini. | UMUM | |