ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan persoalan akidah Islam dan mempertahankannya, di samping menolak keraguan yang timbul mengenainya berpandukan logik akal dan bukti- bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah analisa dan falsafah.
| UMUM | Umum |
KING, STEPHEN | King, Stephen (1947– ) ialah penulis popular Amerika yang menulis cerita seram dan ngeri. King ialah penulis cerita yang plotnya menitikberatkan kesan kejahatan dan ketakutan. Dia sering mencetuskan keadaan yang menggerunkan daripada watak dan tempat moden yang biasa. | UMUM | |
JIMMY LIM | Jimmy Lim (1944– ), arkitek dan pengasas Badan Warisan Malaysia. Beliau menitikberatkan gabungan reka bentuk seni bina tropika dengan pemuliharaan alam sekitar. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
EPIK MELAYU | EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya. | SASTERA | Penerbitan |
NASYID | NASYID , persembahan nyanyian sama ada secara solo ataupin beramai-ramai untuk menyampaikan mesej yang murni yang berlandaskan al-Qur’an dan sunnah. Persembahan bahan nasyid biasanya disampaikan tanpa atau dengan iringan muzik di majlis bercorak keagamaan, misalnya di tilawah membaca al-Qur’an, majlis ihtifal sekolah, sambutan ma’al hijrah atau maulid nabi. Nasyid juga merupakan media dan satu cara berkesan menyampaikan mesej dalam berdakwah yang menitikberatkan akidah, syariah dan akhlak. Lagu yang disampaikan memuji kebesaran Tuhan, menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di samping nasihat dan syair Islam. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI | SYEIKH ABDULLAH MAGHRIBI (1884/1892-1979), ulama. Beliau berasal dari Maghribi, Afrika. Nama penuh beliau ialah Syeikh al-Qadi Abu Jabir Abdullah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayruwani al-Balawi al-Ghadamisi al-Maghribi. Syeikh Abdullah membesar dalam keluarga yang menitikberatkan pengajian agama. Pendidikan awal beliau bermula dengan menghafal al-Qur'an, seterusnya mempelajari asas ilmu agama dan berjaya menguasai ilmu-ilmu tersebut sebelum mencapai usia remaja.Syeikh Abdullah datang ke Tanah Melayu dan berkhidmat di Madrasah Idrisiyah, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1924. Ketika itu, beliau berusia 40 tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENGAJIAN MELAYU DI CHINA | PENGAJIAN Melayu DI cHINA, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di China sudah mencapai hasil yang cukup berkesan pada zaman dahulu, namun semua pengajiannya masih dilakukan secara perseorangan tanpa ada satu pusat pengajian. Pusat pengajian Melayu yang pertama muncul pada tahun 1927 ketika Univesiti Jinan, Shanghai menyelenggarakan Departmen Usaha Kebudayaan Nanyang. Pengajian Melayu merupakan salah satu kursus yang dikendalikan di universiti ini. Pada masa perang menentang Jepun, The South Seas Society yang dipindahkan dari Singapura ke Chongging pada tahun 1942, menjadi pusat pengajian Melayu yang penting. Pada bulan Julai 1949, Jurusan Melayu digabungkan ke dalam Fakulti Bahasa Timur di Universiti Peking dan namanya ditukar kepada Jurusan Bahasa Indonesia. Inilah pusat pengajian Melayu yang pertama selepas tertubuhnya Republik Rakyat China. Kursus ini menitikberatkan bahasa, sastera, kebudayaan dan sejarah Indonesia/Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |