Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.niup.kan] | منيوڤکن

Definisi : 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (perselisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.niup.kan] | منيوڤکن

Definisi : 1 menghembuskan (udara) keluar dr mulut. 2 meniup utk orang lain: Dia ~ adiknya belon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiup
Kata Terbitan : bertiup, meniup, meniup, meniupi, meniupkan, tiupan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAYANGAN ANGIN

Layangan angin, proses hakisan angin yang meniupkan bahan-bahan peroi dari satu tempat ke satu tempat lain.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
POPULISME

Populisme ialah pergerakan politik Amerika

yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun

1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan

menambah penawaran wang, memperketatkan

peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan

perubahan lain yang dipercayai boleh membantu

golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga

melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan

kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin

pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai

warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan

orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan

semangat.

UMUM 
KENCANA

KENCANA, majalah yang diterbitkan pada bulan Januari 1947, di Singapura secara bulanan di bawah pimpinan Harun Aminurrashid.  Majalah ini diterbitkan untuk meniupkan semangat orang Melayu di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Indonesia.  Kencana diterbitkan dalam tulisan Rumi dengan ukuran 23.5 cm x 18.5 cm.  Majalah ini mengandungi 36 halaman.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas