Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.hit] | منجاهيت

Definisi : 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.hit] | منجاهيت

Definisi : 1 melekatkan sesuatu (spt mengelim dll) dgn menggunakan jarum dan benang: ~ dgn mesin, lebih cepat drpd ~ dgn tangan. 2 membuat pakaian: Kakak sedang ~ baju saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahit (kata kerja)
Bersinonim dengan sembat, jelujur, jerumat, sulam, tekat, suji, kelim;,
Kata Terbitan : berjahit, menjahit, jahit-menjahit, jahitan, penjahit,

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(15)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMPAL HIAS

Tampal hias ialah proses hiasan yang digunakan

dalam menjahit dan membuat pakaian. Ia termasuk

menjahit potongan kain yang telah direka bentuk ke

atas helaian yang lebih besar. Bahagian tepi helaian

yang direka bentuk itu biasanya dilipat. Kemudian ia

dijahit ke atas helaian kain yang besar dengan

jahitan yang kecil dan tersembunyi atau jahitan

hiasan.

UMUM 
SULAMAN

Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik

atau bahan yang seumpamanya dengan

menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh

dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk

bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak

dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau

corak direka semasa menyulam.

UMUM 
KATGUT

Katgut ialah sejenis tali yang kuat yang diperbuat

daripada usus beberapa jenis haiwan dan

digunakan terutamanya sebagai tali alat muzik dan

untuk menjahit luka. Kebanyakan katgut diperbuat

daripada usus babi atau biri-biri. Usus tersebut

dikoyakkan menjadi lembar dan kemudian dicuci,

diawet, dan dipintal menjadi tali.

UMUM 
SUTUR

Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam

pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di

tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke

atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang

digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai

sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera

halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur.

UMUM 
TEMPUA

Tempua ialah sejenis burung yang pandai

menyanyi yang terdapat di kawasan tropika di

China, India, Malaysia, dan Filipina. Ia mendapat

namanya tailorbird dalam bahasa Inggeris daripada

cara ia membina sarang dalam daun besar yang

berlipat. Ia menjahit tepi daun dengan beberapa

utas bebenang sutera atau bulu atau serat sayur

dengan menggunakan paruhnya sebagai jarum.

Sarang di dalam daun ini dibuat daripada bulu gebu

tumbuhan dan rumput halus dan bulu. Tempua

betina bertelur tiga atau empat biji pada satu masa.

Tempua berbeza-beza warnanya daripada putih

kemerahan atau hijau kebiruan dan ditandai merah

keperangan. Tempua panjangnya 10 hingga 15

sentimeter panjang. Terdapat sembilan spesies.

Pengelasan saintifik . Tempua tergolong dalam

subfamili Sylviinae dari famili Muscicapidae. Ia adalah

genus Orthotomus .

Lihat juga Burung (gambar: Jenis sarang burung).

UMUM 

Kembali ke atas