Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.la.ni] | منجالني

Definisi : mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.la.ni] | منجالني

Definisi : menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKIATRI

Psikiatri ialah cabang perubatan yang berkaitan

dengan diagnosis dan rawatan penyakit mental.

Pakar psikiatri ialah doktor yang menjalani latihan

beberapa tahun untuk merawat pesakit mental

selepas layak menjadi doktor.

UMUM 
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM 
TAWARAN RAYUAN

Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan

oleh defenden dalam kes jenayah dengan

bersetuju untuk mengaku bersalah daripada

menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes,

pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk

menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun

meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti

untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain,

pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa

tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan

daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku

bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90

peratus daripada defenden mengaku bersalah

dan kebanyakannya hasil daripada tawaran

rayuan.

UMUM 
ROOT, JOHN WELLBORN

Root, John Wellborn (1850–1891) ialah salah

seorang daripada arkitek Amerika yang terpenting di

Chicago School. Sekolah ini mempunyai sekumpulan

arkitek yang berpengaruh yang telah menjalani

latihan di Chicago pada akhir tahun 1800-an. Root

menjadi ketua dalam pembangunan estetik dan

teknikal bagi rekaan bangunan pejabat pencakar

langit.

UMUM 
KELUARGA GERILYA

KELUARGA GERILYA, novel karya Pramoedya Ananta Toer.  Novel ini ditulis semasa dia menjalani tahanan politik di penjara Bukit Duri, Pulau Buru,  Indonesia.  Penulisan novel ini selesai pada bulan  Oktober 1949, Keluarga Gerilya diterbitkan pertama  kalinya oleh penerbit Pembangunan, Jakarta, pada tahun 1950 dan cetakan kedua novel ini pada tahun 1955.  Semenjak tahun 1958, novel ini diterjemahkan ke dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Cina dan Rusia.  Seterusnya, cetakan ketiga novel ini diterbitkan  oleh penerbit N.V. Nusantara, Jakarta, pada  tahun 1962.

SASTERAKarya
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 
NOVALIS

Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von

Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah

puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night

(1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan

harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei

Christianity or Europe (1799), Novalis cuba

menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan

yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman

Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi

tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia

sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von

Ofterdingen.

UMUM 
STENDHAL

Stendhal (1783–1842) ialah nama pena bagi Marie

Henri Beyle, salah seorang tokoh utama dalam

sejarah novel psikologi Perancis. Stendhal lahir di

Grenoble, Perancis. Dia menyertai Perang Napoleon

dan Napoleon I menjadi wiranya yang hebat. Julien

Sorel, wira dalam karya terbaik Stendhal, The Red

and the Black (1830), menjalani hidup penuh dengan

aksi hebat dan bercita-cita besar seperti Napoleon.

Novel lain Stendhal yang terkenal The Charterhouse

of Parma (1839), bermula dengan kekalahan

Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, dan

seterusnya mengisahkan komplot politik di Itali.

UMUM 
ALAMAT DAN TAKBIRALAMAT DAN TAKBIR, perkara atau peristiwa yang dipercayai mengandungi makna dan boleh dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan. BUDAYAKonsep
S. EFFENDI

S. EFFENDI (1923 -       ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia.  Nama penuhnya ialah Said Effendi.  Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia.  Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya.  Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh.  Suaranya telah memukau pendengar.  S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi.  Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian.  Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah.  Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah.

BUDAYATokoh
12

Kembali ke atas