PITA BRID | Pita brid atau pintalan adalah salah satu daripada cara yang paling mudah untuk menjalin yan atau serat-serat lain. Seseorang yang menggunakan teknik ini membrid tiga atau lebih serat dengan melalukan setiap satunya secara melintang di atas dan di bawah satu atau lebih serat lain. Kini kebanyakan brid hiasan dibuat dengan mesin khas dan alat tambahan pada mesin. | UMUM | |
SAMANIAT, KERAJAAN | Samaniat, Kerajaan (261–389 H./874–999 M.) ialah kerajaan Parsi yang diasaskan oleh Saman. Saman ialah seorang bangsawan Parsi berketurunan Bahram Jovin yang mengetuai revolusi menentang pihak istana. Saman menjalin hubungan dengan kerajaan Islam pada zaman Khalifah Umaiyyah, Hisham b. ‘Abd Malik. Dia melawat Asad ibn ‘Abdullah al-Qasari, gabenor Khurasan pada zaman kerajaan Umawi. Dia telah diberi penghormatan oleh gabenor tetapi dibenci oleh musuh-musuhnya. Dia telah memeluk Islam dan menamakan anaknya Asad, sempena nama Asad al-Qasari yang telah memberi penghormatan kepadanya. | UMUM | |
PERJANJIAN BURNEY | PERJANJIAN BURNEY (1826), perjanjian pertama yang ditandatangani antara Siam dengan British. Tujuan utama perjanjian ini ditandatangani adalah untuk menjaga kepentingan perdagangan British di Siam dan menjalin persahabatan antara Siam dengan British setelah menolak pemintaan pertama British pada sekitar tahun 1821 kerana faktor keselamatan Siam ketika berdepan dengan kuasa British di Burma dan untuk menentukan kedudukan politik Siam di Semenanjung Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SRIWIJAYA | SRIWIJAYA, kerajaan Melayu-Buddha di Sumatera pada abad ke-7 M. Kerajaan ini berpusat di Palembang. Antara tahun 671 M. hingga 695 M. Sriwijaya berjaya mengembangkan pengaruhnya di kerajaan-kerajaan di Selat Melaka berdasarkan penemuan prasasti Sriwijaya yang terdapat di Palembang, Bangka, Karang Brahi dan Palas Pasemah yang bertarikh 683/684 M. Pada tahun 776 M. kuasa Sriwijaya dipercayai sampai ke selatan Thailand sehingga ke Chaiya dengan merujuk prasasti Ligor. Antara kerajaan yang ditaklukinya ialah Chieh-cha, Pan-pan, Langkasuka dan Takuapa. Pada abad ke-9 M. Sriwijaya menjalin hubungan keluarga dengan dinasti Sailendra yang memerintah di Jawa Tengah. Bukti hubungan kekeluargaan ini dapat dirujuk kepada prasasti Ligor, inskripsi Leiden dan inskripsi Chola. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |