Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : mengharapkan: dia mencuba menenangkan fikirannya itu dgn berbagai-bagai alasan yg dijangka dapat memujuk hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : , menjangkakan 1. menetap­kan waktu (ukuran) atau apa yg harus di­kerjakan (dan masanya): pekerjaan itu di­jangka siap dlm masa satu tahun; 2. men­duga, menyangka: hujan sudah berhenti, tidak jadi turun spt yg dijangkakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : 1 menentukan lama waktu atau apa-apa yg hendak dilakukan: Dia ~ buku itu akan siap dlm masa dua minggu lagi. 2 menduga; menyangka: Saya telah ~ hal ini akan terjadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[men.jang.ka] | منجڠک

Definisi : 1 memotong (daun mengkuang) dgn jangka. 2 mengukur dgn jangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangka (kata nama)
Bersinonim dengan alat ukur, alat sukat, pengukur, penyukat, meter;,
Kata Terbitan : menjangka, menjangkakan, jangkaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKIT

Skit ialah sukan menembak piring sasaran jenis

Amerika. Seperti dalam sukan menembak

perangkap, sasaran dilepaskan ke udara daripada

perangkap berspring logam. Dua rumah sasaran

terletak 38 meter jauhnya. Sasaran dilepaskan dari

setiap rumah melintasi tiang tengah antara keduadua

rumah ini, dan pada sudut penerbangan yang

berbeza agar dapat menjangka kesan tembakan

terhadap sasaran bersayap.

UMUM 
LARAS BAHASA

LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain.

      Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum.

BAHASABahasa

Kembali ke atas