Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jan.ji.kan] | منجنجيکن

Definisi : 1. berjanji utk memberi (mem­­­­­buat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm pe­periksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jam­batan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jan.ji.kan] | منجنجيکن

Definisi : menyatakan kesediaan utk membuat sesuatu; berjanji akan membuat atau akan memberikan sesuatu: Ia ~ sepasang pakaian kpd adiknya jika ia lulus dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUQTADIY BI AMRI ALLAH, AL-

Muqtadiy bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./

1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn

Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al-

Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad.

Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan

jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al-

Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik

sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada

tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia

berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad

dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan

penyanyi serta perosak negara, melarang

pengurungan burung, melarang pembuangan air

mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan

rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air.

Dia juga melarang percampuran bebas antara

lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan

kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga

meminati sastera dan syair. Zaman

pemerintahannya aman dan makmur. Dia

meninggal dunia secara mengejut di Baghdad.

UMUM 
TAWARAN BARU

Tawaran Baru ialah rancangan Presiden Franklin

D. Roosevelt untuk menyelamatkan Amerika Syarikat

daripada Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an.

Tawaran Baru ini tidak menamatkan kemelesetan.

Namun rancangan ini melegakan kegawatan

ekonomi dan meneguhkan kepercayaan di kalangan

rakyat Amerika Syarikat terhadap sistem demokrasi,

manakala negara lain yang turut mengalami

kemelesetan beralih kepada kerajaan diktator.

Roosevelt mula menggunakan istilah tawaran baru

apabila dia menerima pencalonan jawatan presiden

oleh parti Demokratik pada tahun 1932. “Saya

menjanjikan satu tawaran baru untuk semua rakyat

Amerika Syarikat,” katanya.

UMUM 

Kembali ke atas