MENINGITIS | Meningitis ialah penyakit yang menjejaskan membran yang menyelaputi otak dan korda spina. Membran ini dinamakan meninges. Penyakit ini juga menjejaskan bendalir serebrospinal, yang menyelubungi otak dan korda spina. Meningitis berlaku akibat jangkitan bakteria, virus, kulat dan mikrob-mikrob lain. Rencana ini membincangkan meningitis bakteria, dan meningitis virus, iaitu dua bentuk meningitis yang paling biasa. | UMUM | |
REUMATOLOGI | Reumatologi ialah kajian tentang penyakit yang menjejaskan sendi badan dan tisu yang berkaitan, termasuk tulang, otot, tendon, rawan, dan ligamen. | UMUM | |
AKTINOMIKOSIS | Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau organ penghadaman. | UMUM | |
TETRASIKLIN | Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan. Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne. Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun 1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan banyak mikroorganisma dapat menentang kesan daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat mikroorganisma ini. | UMUM | |
NEUROFIBROMATOSIS | Neurofibromatosis , singkatannya NF, ialah gangguan yang diwarisi yang tidak boleh diubati dan menjejaskan sistem saraf dan kulit. Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai penyakit elephant man kerana Joseph Merrick, lelaki Inggeris yang disalah anggap menghidap kes penyakit neurofibromatosis yang teruk. Neurofibromatosis mungkin berbeza-beza berdasarkan keterukannya, iaitu dari gangguan yang sedikit sehingga menjadi bentuk yang teruk. Terdapat dua bentuk neurofibromatosis, iaitu NF-1 dan NF-2. | UMUM | |
KETAKUPAYAAN PEMBELAJARAN | Ketakupayaan pembelajaran ialah gangguan yang boleh menjejaskan perkembangan kemahiran asas dan merosakkan keupayaan seseorang kanak-kanak untuk belajar. | UMUM | |
PSIKOLOGI TAK NORMAL | Psikologi tak normal ialah bidang kajian saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan, pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia. Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi. | UMUM | |
KRIOBIOLOGI | Kriobiologi ialah kajian tentang bagaimana suhu yang terlampau rendah boleh menjejaskan benda hidup. | UMUM | |
PARU-PARU PERANG | Paru-paru perang ialah penyakit paru-paru yang menjejaskan banyak pekerja di kilang kain kapas. Penyakit ini juga dikenali sebagai bisinosis, berpunca daripada menyedut habuk kapas yang memasuki udara semasa pemprosesan. | UMUM | |
SAKIT BELAKANG | Sakit belakang ialah kesakitan yang berlaku di bahagian tulang belakang. Ia merupakan gangguan biasa yang paling kerap menjejaskan bahagian belakang sebelah bawah tetapi boleh melibatkan mana-mana terus tulang belakang. | UMUM | |