Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.la.ja.hi] | منجلاجهي

Definisi : mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll) sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.la.ja.hi] | منجلاجهي

Definisi : mengunjungi sesuatu tempat utk pelancong dsb; mengembarai: Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelajah
Kata Terbitan : menjelajah, menjelajahi, penjelajahan, penjelajah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPELEOLOGI

Speleologi ialah kajian saintifik mengenai gua.

Ahli sains yang mengkaji bidang ini dikenali

sebagai ahli speleologi. Orang yang menjelajahi

dan memetakan gua kerana hobi digelar sebagai

spelunker. Lihat juga Gua.

UMUM 
PONCE DE LEÓN, JUAN

Ponce de León, Juan (1474–1521) ialah

penjelajah Sepanyol. Dia mengetuai ekspedisi

Eropah yang pertama sampai ke Florida, Amerika

Syarikat. Ponce de León menjelajahi banyak

bahagian Florida dalam usahanya untuk mencari

mata air khayalan yang dipanggil Fountain of Youth

(Air Pancut Remaja). Mata air ini, kononnya, akan

mengembalikan keremajaan seseorang itu apabila

dia mandi di dalamnya atau meminum airnya.

UMUM 
SYARIP USMAN

SYARIP USMAN ( ? - ?), penentang penjajahan British di Sabah. Syarip usman ialah seorang pengembara berketurunan Arab. Beliau menjadi pemimpin kumpulan pengembara di Teluk marudu, Sabah. Walaupun berpangkalan di Teluk Marudu, tetapi beliau juga amat berpengaruh di Labuan, Balambangan dan Brunei. Beliau dan pengikutnya menjelajahi Asia Tenggara. Pedagang British, Belanda dan Sepanyol yang berdagang di perairan Borneo memanggil Syarip Usman dan pengikutnya sebagai lanun. Pengaruh dan kuasa Syarip Usman bertambah apabila beliau berkahwin dengan adik Sultan Muda, Sulu. Syarip Usman juga mendapat bantuan dan galakan daripada penduduk tempatan, antaranya Pangeran Usop, bapa saudara Sultan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas