Sade, Marquis de (1740–1814) ialah penulis novel
dan penulis esei Perancis yang kontroversi. Kini,
ramai orang menganggap Sade sebagai gila
manakala karyanya menjelikkan. Tetapi ada pula yang
menganggapnya sebagai seorang penulis yang
kadangkala bijak dengan gaya menarik dan
meyakinkan.
Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang
digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis,
direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang
dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak
sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan.
Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada
bahasa atau tingkah laku yang dipercayai
merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi
terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau
gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas
untuk menimbulkan keghairahan seks.
Thanks for clicking. That felt good.