NIX | Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari muzik dan menari, dan kadangkala menjemput manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas. | UMUM | |
PERGAMUM | Pergamum ialah bandar purba agung di barat Asia Kecil (kini Turki). Ia berkemungkinan diasaskan beberapa ratus tahun sebelum menjadi pusat kebudayaan Yunani yang penting pada tahun 200- an S.M. Raja dinasti Attalid memerintah Pergamum selepas tahun 263 S.M. Mereka menjemput ahli falsafah, penulis dan artis ke istana diraja dan menubuhkan perpustakaan yang besar di bandar ini. Mereka juga menggalakkan perdagangan dan pengeluaran tekstil broked dan kertas kulit. Para pengarca Pergamum mengembangkan gaya tersendiri dalam mencipta altar yang mengagumkan yang ditujukan khas kepada Zeus, raja dewa Yunani. Bandar ini mencapai kemuncak kegemilangannya semasa pemerintahan Eumenes II, antara tahun 197 S.M. dan tahun 159 S.M. | UMUM | |
ATHLONE, EARL OF | Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga diraja Britain dan seorang pegawai tentera, berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya untuk mengekalkan peranan Kanada semasa Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan 1944, dia menjemput Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill untuk menghadiri dua persidangan masa perang yang bersejarah di kediamannya di Quebec. | UMUM | |
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN | KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, institusi pemerintahan Negeri Sembilan. Rajanya memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini daripada Raja Lenggang yang memerintah Negeri Sembilan (1808-1824). Walau bagaimanapun, sebelum baginda, sudah ada beberapa orang raja yang memerintah Negeri Sembilan, misalnya, Raja Kasah, Raja Adil, Raja Melewar dan Raja Hitam. Mengikut sumber yang ada, Raja Kasah dan Raja Adil diturunkan dari takhta kerajaan kerana gagal memerintah dan memajukan adat sebagaimana dikehendaki Dato' yang menjemput mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PASPAM | PASPAM, pertubuhan bercorak sosial dan kebudayaan. Pertubuhan ini jelas mampu membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Nama penuh PASPAM ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya. PASPAM ditubuhkan pada bulan September 1934, hasil anjuran Syed Alwi al-Hadi, pengarang akhbar Saudara, yang berminat terhadap kegiatan Sahabat Pena yang telah ditubuhkan melalui akhbar Saudara pada 7 April 1934. Syed Alwi telah menjemput rakan-rakan yang berminat dalam Sahabat Pena seperti Zainal Abidin B.A., Syekh Abdullah Maghribi, Nyak Mohd. Amin, CM. Ibrahim, Syed Abdul Rahman al-Yahya dan Syed Ali Yahya untuk sarna-sarna menggerakkan PASPAM. | SASTERA | Persatuan |