Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jen.ti/] | منجنتيق

Definisi : 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari: guru ~ telinga budak yg nakal itu; 2. menyepit dgn ibu jari dan jari yg lain, men­cubit; 3. ki, bp menegur, memarahi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jen.ti/] | منجنتيق

Definisi : 1 memukul dgn belakang hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari: Dia ~ telinga adiknya yg degil itu. 2 menyepit dgn ibu jari dan jari lain; mencubit: Dia ~ paha suaminya sampai merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjentik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN GULI

Permainan guli ialah permainan kanak-kanak

yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya

dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali

sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan

di atas permukaan yang rata di luar rumah.

Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang

terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi.

Para pemain menyasarkan guli-guli dengan

mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut

gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan

menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke

arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli

objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut

apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas

tanah semasa menyasar.

UMUM 

Kembali ke atas