Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.rat] | منجرت

Definisi : 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.rat] | منجرت

Definisi : 1 menangkap dgn jerat; memasang jerat: Ia hendak ~ babi yg selalu merosakkan tanamannya. 2 ki melakukan tipu muslihat; mencelakakan orang dgn tipu muslihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjerat

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENJERAT

Menjerat ialah menangkap atau membunuh

haiwan liar dengan jerat. Ia adalah salah satu

daripada kaedah pertama bagi manusia

menangkap haiwan untuk dijadikan makanan atau

pakaian. Di kebanyakan tempat di dunia, manusia

masih menggunakan jerat untuk mendapatkan

makanan. Sesetengah puak di Afrika, misalnya,

menjerat antelop dan monyet sebagai makanan.

UMUM 

Kembali ke atas