KEMAHIRAN MENJUAL | Kemahiran menjual ialah kebolehan menjual barang-barang dan perkhidmatan. Kemahiran ini melibatkan pemberitahuan tentang barang keluaran dan perkhidmatan syarikat serta memujuk orang ramai membelinya. | UMUM | |
PERDAGANGAN | Perdagangan ialah membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan. Perdagangan disebabkan oleh keperluan dan kehendak terhadap barangan yang dikeluarkan dan perkhidmatan yang diberikan oleh orang lain. | UMUM | |
PASAR RAYA | Pasar raya ialah gedung besar menjual barang makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat Rantaian). | UMUM | |
KEDAI SERBANEKA | Kedai serbaneka merupakan kedai yang sangat besar yang menjual pelbagai jenis barangan dalam beberapa bahagian yang berasingan tetapi ia diuruskan di bawah satu pengurusan. Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan. | UMUM | |
SEWA BELI | Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa beli selalunya menghendaki pembeli membayar sebahagian daripada harga barangan pada masa ia dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat beberapa kali bayaran yang sama banyaknya seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa pembayarannya boleh dilanjutkan. | UMUM | |
PERDAGANGAN BEBAS | Perdagangan bebas ialah polisi yang membenarkan penduduk sesebuah negara membeli dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang penduduknya daripada membeli barangan yang dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan mereka membelinya di negara sendiri. | UMUM | |
DOMAIN NYATA | Domain nyata ialah hak sedia ada sesebuah kerajaan bagi memaksa seseorang pemilik harta untuk menjual hartanya jika harta itu diperlukan untuk kegunaan awam. | UMUM | |
MESIN SLOT | Mesin slot ialah alat yang berfungsi apabila duit syiling dimasukkan ke dalam slot khas. Duit syiling itu seterusnya akan memulakan mekanisme mesin. Terdapat banyak jenis mesin slot. Mesin layan diri menjual pelbagai barangan termasuk makanan seperti coklat dan makanan ringan. Sesetengah mesin layan diri menjual cecair seperti kopi atau teh panas. Peti muzik ialah mesin slot yang memainkan muzik pada piring hitam. | UMUM | |
MARKS AND SPENCER | Marks and Spencer ialah syarikat peruncit Inggeris yang besar yang mengendalikan satu rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan harga yang murah. | UMUM | |
DANA PASARAN WANG | Dana pasaran wang ialah sebuah dana bersama yang hanya melabur sekuriti jangka pendek. Istilah pasaran wang merujuk kepada menjual dan membeli sekuriti. Dana pasaran wang juga dikenali sebagai dana aset cair, dana tunai, atau dana wang. | UMUM | |