Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jum.pa.i] | منجومڤاءي

Definisi : berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pem­bunuhan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jum.pa.i] | منجومڤاءي

Definisi : mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENCARI GALI

Mencari gali bererti mencari mendapan mineral

yang berharga. Pencari gali telah menjumpai

simpanan batu arang, petroleum, uranium dan

bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada

industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan

kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral

penting yang lain.

UMUM 
RASP, CHARLES

Rasp, Charles (1846–1907), menjumpai longgokan

logam perak berhampiran Broken Hill, di New

South Wales, Australia, pada tahun 1883, ketika

bekerja sebagai penyelia sempadan.

UMUM 
SMITH, JAMES

Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai

Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang

kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara

pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871.

Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining

Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi

ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888

sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith

lahir di George Town, Tasmania dan bekerja

sebagai perantis pengilang tepung dan mencari

gali emas di Victoria.

UMUM 
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 
TAUSSIG, HELEN BROOKE

Taussig, Helen Brooke (1898–1986) ialah

doktor Amerika yang pakar dalam bidang penyakit

jantung kanak-kanak. Dia menjumpai kecacatan

besar yang menyebabkan warna biru pada kulit

bayi biru (lihat Bayi biru ).

UMUM 
ROSS, SIR JAMES CLARK

Ross, Sir James Clark (1800–1862) ialah

penjelajah kutub British. Dia mengetuai ekspedisi

ke Antartik dengan kapal Erebus dan Terror dari

tahun 1839 hingga tahun 1843 dan menjumpai

Pentas Ais Ross, Victoria Land, dan Gunung Erebus

iaitu gunung berapi yang masih aktif. Dia sampai

ke latitud selatan 78 ° 10, tempat yang paling selatan

yang belum pernah diteroka oleh sesiapa pun

sehingga tahun 1900.

UMUM 
DIAZ, BARTHOLOMEW

Diaz, Bartholomew (1450–1500), pelayar dan penjelajah Portugis yang menjumpai Tanjung Pengharapan, Afrika. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUGHNIY AL-LABIB

Mughniy al-Labib ialah kitab karya Ibn Hisyam

al-Ansariy. Ia dianggap sebagai kitab nahu yang

penting dan baik. Nama lengkap kitab ini ialah

Mughniy al-Labib ‘an Kutub al-A’arib . Ibn Khaldun

berkata: “Kami tidak pernah menjumpai seorang

yang pakar dalam bidang nahu selepas Sibawayh

melainkan Ibn Hisyam dan kami tidak pernah

jumpa kitab yang lebih baik daripada kitab al-

Mughniy”.

UMUM 
PARRY, SIR WILLIAM

Parry, Sir William (1790–1855), pegawai

tentera laut British dan penjelajah Artik, yang

memimpin ekspedisi rasmi pada tahun 1819, 1821,

dan 1824 bagi mencari Laluan Timur Laut. Parry

menjumpai Pulau Melville dalam salah satu

pelayarannya.

UMUM 
MONTE CRISTO

Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus

di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada

zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi

terkenal melalui novel Alexandre Dumas The

Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan

bagaimana hero menjumpai harta di pulau

tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung

granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut.

Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine

mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada

tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut

kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun

kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah

petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi

rancangan ini tidak berjaya.

UMUM 
12

Kembali ke atas