TEBING | Bentuk muka bumi yang menjunam ke bawah secara tiba-tiba. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
DIPPER | Dipper ialah burung kecil bak burung thrush seperti burung murai yang terbang menjunam ke dalam air dan berenang untuk mencari serangga. Nama dipper mungkin berasal daripada tabiat burung ini suka mencelup-celupkan kepalanya sambil bertenggek di atas batu di tengah-tengah anak sungai. | UMUM | |
OSPREY | Osprey, yang juga dikenali sebagai lang ikan , ialah burung yang memakan ikan. Osprey menjunam ke dalam air dari ketinggian 15 hingga 30 meter untuk mencari makanan. Kakinya dahulu mencecah air dengan cepukan yang kuat dan mencekau ikan dengan cakarnya yang panjang runcing. Burung ini hidup di seluruh dunia di sepanjang sungai, tasik, pantai, dan teluk. Osprey di kawasan utara berhijrah ke kawasan panas pada musim sejuk. | UMUM | |
KORMORAN | Kormoran ialah burung besar, berkaki renang dan menangkap ikan dengan menjunam ke dalam air. | UMUM | |
IKAN TERBANG | Ikan terbang ialah sejenis ikan yang melompat dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat. Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap. Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan terus berada di udara.
| UMUM | Umum |
PETREL | Petrel adalah satu daripada sekumpulan besar burung laut. Ia berkeliaran di semua lautan di dunia. Petrel jarang datang ke daratan kecuali semasa musim membiak, atau apabila ia ditiup angin ribut ke pantai. Ia biasanya membuat sarang di belebas yang terlindung atau dalam lubang di sepanjang pesisir. Petrel berwarna hitam, kelabu atau putih. Panjangnya berbeza-beza daripada kira- kira 15 sentimeter hingga 90 sentimeter. Sesetengah petrel mencari makanan dengan menjunam ke dalam air. Tetapi kebanyakan petrel terbang dekat dengan ombak dan mengambil makanan dari permukaan air. | UMUM | |