Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MA‘ARIJ

Surah al-Ma‘arij ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 44 ayat.

Surah ini dinamakan al-Ma‘arij (tempat-tempat

turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir

Makkah, secara mengejek-ejek) meminta

kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

azab yang disediakan untuk orang-orang yang

kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak

kedatangannya – dari Allah yang menguasai

tempat-tempat turun naik”.

(Surah al-Ma‘arij 70:1–4)

UMUM 
MANDI SAFAR

MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

1">      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan

Kembali ke atas