Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.léh] | منوليه

Definisi : berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang: dia berjalan terus dgn tidak ~ ke kiri ke kanan pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.léh] | منوليه

Definisi : berpaling muka ke kiri, ke kanan dll utk melihat: Ia berjalan dgn cepat dan tidak ~ ke kiri atau ke kanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
toleh
Kata Terbitan : menoleh, menolehkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU ABDULLAH

Abu Abdullah ( ? –1533?), dalam bahasa Inggeris

dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang

terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di

selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah.

Abu Abdullah juga digelar sebagai “si kerdil” dan

memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada

tahun 1482, baginda merampas takhta daripada

ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak

adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella,

pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada

dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu

Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah

hilang itu, baginda menoleh untuk melihat

kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda

berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan

kepada pelancong sebagai “keluhan terakhir Raja

Moor”. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana

baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran.

UMUM 
JUSTAR

JUSTAR,  ikat kepala yang dipakai oleh keluarga diraja Johor.  Justar ini direka bentuk mengikut justar yang dipakai oleh  pembesar-pembesar Kepulauan Riau.  Justar Johor dipakai kali terakhir oleh Sultan Ismail sewaktu perkahwinan baginda dengan Ungku Tun Aminah pada tahun 1920.  Justar itu diberi nama ‘Singa Menoleh’.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas