ASHTON, SIR FREDERICK | Ashton, Sir Frederick (1904–1988) ialah koreografer (penggubah tarian). Tariannya yang lemah lembut lagi halus menolong mewujudkan gaya Inggeris sekarang ini pada balet klasik. | UMUM | |
AIR MATA | Air mata ialah rembesan kelenjar lakrimal yang sentiasa membasuhi kornea , iaitu lapisan luar yang liat pada bola mata. Air mata menolong membersihkannya daripada zarah asing, seperti habuk dan bulu, dan menjaganya agar tidak kering, yang boleh menyebabkan orang menjadi buta. | UMUM | |
SANITASI | Sanitasi ialah suatu bidang kesihatan awam. Ia melibatkan pelbagai usaha mengawal keadaan sekitar untuk mencegah serta mengawal penyakit. Sanitasi juga termasuk kebersihan diri yang menolong melindungi diri daripada penyakit. | UMUM | |
ROOSEVELT, THEODORE | Roosevelt, Theodore (1858–1919), Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1901 hingga tahun 1909. Roosevelt mendapat kemasyhuran yang meluas sebagai Presiden dan menggunakan kuasa kepemimpinannya untuk menolong Amerika Syarikat mengatasi beberapa masalah dalam negara dan luar negara. | UMUM | |
KEDERMAWANAN | Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai kesejahteraan manusia oleh individu dan kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada kebajikan kerana kedermawanan biasanya menolong kumpulan yang besar atau sesebuah institusi dan bukan orang perseorangan atau beberapa individu sahaja. | UMUM | |
NAST, THOMAS | Nast, Thomas (1840–1902) ialah kartunis politik Amerika. Dia mempopularkan simbol-simbol politik yang terkenal iaitu Keldai Demokrat, Gajah Republikan, dan Harimau Tammany. Karikatur Harimau Tammany yang dilukisnya menolong memecahkan organisasi politik yang terkenal, yang diketuai oleh William “Bpss” Tweed di New York City. | UMUM | |
WILLIAM PITT | William Pitt (1708–1778), Earl of Chatham, dikenang khususnya sebagai “perancang kemenangan” dan pembina empayar ketika Peperangan Tujuh Tahun, dan juga kerana kesungguhannya mempertahankan hak kolonis Amerika. Datuknya, Thomas Pitt, menolong membina perdagangan British dengan India. | UMUM | |
MAINAN | Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak- kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh dunia bermain dengan mainan yang serupa, seperti bola, anak patung, permainan dan mainan teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga boleh menolong mereka belajar dan membina kemahiran khas. | UMUM | |
MELBOURNE, VISCOUNT | Melbourne, Viscount (1779–1848), William Lamb, ialah Perdana Menteri United Kingdom (UK) semasa Ratu Victoria menaiki takhta pada tahun 1837. Dia menjadi penasihat sulit ratu yang muda itu dan mengajarnya tentang politik British serta perlembagaan. Latihannya itu banyak menolong membentuk watak Victoria sebagai ratu. | UMUM | |
PLASENTA | Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang terbentuk apabila seseorang wanita itu mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan serta menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga menghasilkan hormon yang menyelaras kandungan dan menolong mengawal perkembangan bayi. | UMUM | |