MENORA | MENORA, satu jenis teater tradisional dalam bentuk tarian dan nyanyian mengenai sesuatu dongengan. Teater ini berfungsi untuk melindungi masyarakat itu daripada sebarang malapetaka. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
GEDOMBAK | GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TUK SELAMPIT | TUK SELAMPIT, tukang cerita atau penglipur lara di Kelantan. Di tempat-tempat tertentu ia dikenal juga dengan panggilan raja dera, kerana kebanyakan tuk selampit gemar membawa cerita sedih tentang seorang raja yang didera. Cerita yang disampaikan oleh tuk selampit kadangkala merupakan adunan cerita makyung dan menora. Ada juga cerita yang dipetik daripada main peteri. Malah penceritaan tuk selampit memperlihatkan gaya yang merupakan campuran gaya penyampaian makyung, menora, wayang kulit dan main peteri. Hal ini tidak dapat dielak memandangkan semua seni pentas tradisi ini berasal dari kawasan yang sama dan berkembang. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
PETAM | PETAM, perhiasan diri berbentuk separuh bulat dan melentik di kiri kanannya yang dipakai di dahi seorang wanita sebagai penyeri muka. Di Kelantan, petam disebut sebagai pemeles atau gendik. Petam biasanya dipakai untuk persembahan oleh pelakon menora, makyung atau penari gamelan dan asyik sebagai hiasan tambahan selain daripada cocok sanggul. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SENI LAKON | SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem. Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |