Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.sia.sia.kan] | منسيا-سياکن

Definisi : 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, meng­anggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari muda­mu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), me­ngecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) mem­buang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.sia.sia.kan] | منسيا-سياکن

Definisi : 1 memandang sbg tidak berguna; mem­buang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Peribahasa

Bersuluh menjemput (= minta) api.

Bermaksud :

Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABOTAJ

Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia-

Siakan atau merosakkan alat, mesin atau

pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan

ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja

Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke

dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di

Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah

digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan

sekerja berfahaman anarki.

UMUM 

Kembali ke atas