PERSEPS | Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal. Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari organ-organ deria yang bertindak balas dengan tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak gelombang radiasi elektromagnetik merangsang mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi, tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan dan kedudukan tubuh. | UMUM | |
MAKMAL POLIS | Makmal polis ialah makmal tempat pakar menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola kesan darah berhampiran mayat boleh menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan. Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat, cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis yang besar menyelenggara makmal sendiri. | UMUM | |
AHLI NUJUM | Ahli nujum ialah gelaran yang diberi kepada orang di Rom purba yang mentafsir tanda untuk pegawai kerajaan. Orang Rom percaya bahawa dewa mereka menunjukkan kehendak mereka menerusi tanda atau alamat, seperti guruh atau kilat, burung yang terbang atau bunyi burung, gerak-geri ular dan mencit. | UMUM | |
SAINS SOSIAL | Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir erti kehidupan di dunia bukannya cuba menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains sosial memberi tumpuan kepada kehidupan manusia dengan orang lain dalam sesuatu kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi, ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi sosial, kriminologi, dan sains undang-undang. Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi, geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori sains sosial yang luas. | UMUM | |
PSIKOLOGI KLINIKAL | Psikologi klinikal ialah kajian saintifik, diagnosis dan rawatan terhadap orang yang mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya. Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental. Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan personaliti. | UMUM | |
TUAI BURUNG | TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang. | BUDAYA | Konsep |
ZAMAN MESOLITIK | ZAMAN MESOLITIK, istilah yang merujuk kepada tahap kebudayaan yang wujud di Eropah yang bermula sekitar 10 000 tahun S.M. Zaman Mesolitik dikenal juga sebagai Zaman Batu Pertengahan yang menggambarkan perubahan teknologi dan cara hidup zaman prasejarah di Eropah. Zaman tersebut diperkenalkan selepas C.J. Thomsen, ahli arkeologi Denmark, memperkenalkan Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Bermula pada tahun 1892, Mesolitik meluas digunakan untuk mentafsir zaman peralihan kebudayaan di antara kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |