SUSU MENTEGA | Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu mentega asli manis dibuat daripada krim segar yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega asli masam dibuat daripada krim yang telah dimasamkan dengan menambah bakteria penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula. Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan digunakan secara komersial dalam memasak, membakar dan membuat aiskrim. | UMUM | |
MENTEGA | Mentega ialah bahan makanan yang lazat disapu pada roti. Mentega juga digunakan untuk menggoreng makanan dan sebagai bahan dalam makanan yang dibakar. Mentega terdiri daripada lemak mentega, sejenis lemak yang berasal daripada susu dan krim. | UMUM | |
IKAN MENTEGA | Ikan mentega ialah nama yang diberi kepada beberapa ikan yang mempunyai kulit licin yang diliputi mukus. | UMUM | Umum |
KRIM | Krim lihat Mentega; Susu (jadual). | UMUM | |
TENUSU | Tenusu ialah satu cabang pertanian yang berkaitan dengan pengeluaran susu, mentega, susu sejat, aiskrim, keju, dan keluaran susu kering. Penjagaan dan penternakan lembu tenusu juga termasuk dalam cabang pertanian ini. Tenusu diusahakan di kebanyakan negara. Denmark, Perancis, Itali, New Zealand, dan Switzerland merupakan negara yang terkenal dengan keluaran tenusu. | UMUM | |
MARJERIN | Marjerin ialah makanan menyerupai mentega yang dibuat daripada minyak sayur-sayuran atau lemak haiwan atau daripada kedua-duanya sekali. | UMUM | Umum |
VEGETARIANISME | Vegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya. | PEMAKANAN | Proses/Tindak Balas |
KOLESTEROL | Kolesterol ialah bahan lemak yang terdapat dalam semua tisu haiwan. Manusia biasanya menghasilkan kolesterolnya sendiri, tetapi ada juga yang memasuki badan melalui makanan. Mentega, telur, daging berlemak, dan organ-organ dalaman seperti otak dan hati mengandungi banyak kolesterol. | UMUM | |
MINYAK | Minyak. Sebarang bahan bergris yang tidak larut dalam air tetapi boleh dilarutkan dalam eter dikelaskan sebagai minyak. Terdapat pelbagai jenis minyak. Kebanyakannya lebih ringan daripada air dan menjadi cecair pada suhu bilik. Beberapa contoh minyak yang lain, seperti lemak haiwan dan lemak mentega, beku pada suhu bilik. | UMUM | |