Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ONN JAAFAR, DATO'

Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli

politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir,

Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad

(1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang

pertama.

UMUM 
ABU BAKAR BAGINDA, DATO'ABU BAKAR BAGINDA, Dato’ (1899-1972), Menteri Besar Selangor yang dilantik oleh Sultan pada zaman kolonial dan Menteri Besar Selangor yang pertama (1959-1964) yang dipilih melalui pilihan raya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
IBRAHIM FIKRI, TAN SRIIBRAHIM FIKRI, Tan Sri (1920-1973), Menteri Besar Terengganu (1961-1970). Dia lahir di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Dia mendapat pendidikan Melayu, Arab dan Inggeris. Dia merupakan bekas penuntut Madrasah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (kini Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAAFAR HAJI MOHAMAD, DATUK

JAAFAR HAJI MOHAMAD, Datuk (1838-1919), Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1833-1893). Dia lahir di Teluk Belanga, Singapura. Dia mendapat pendidikan Melayu, agama dan Inggeris secara tidak formal di Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUHAMMAD ASRI HAJI MUDAMUHAMMAD ASRI HAJI MUDA, Tan Sri (1923-1992), ahli politik, Menteri Besar Kelantan yang keempat (1964-1972). SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS

ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS, upacara menabalkan Raja Perlis yang baharu untuk menggantikan raja yang mangkat. Adat ini diadakan di Istana Arau, dihadiri oleh menteri besar, pemimpin-pemimpin negeri, ketua-ketua kaum, penghulu-penghulu mukim serta sultan-sultan dan yang dipertua negeri.

           

BUDAYAKonsep
MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, TAN SRI

MOHAMED SAID HAJI MUHAMMAD, Tan Sri (1907-1996), Menteri Besar Negeri Sembilan (1959-1969). Dia lahir pada 31 Oktober 1907 di Linggi, Negeri Sembilan. Dia merupakan anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berkelulusan doktor pakar dalam bidang perubatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHAMED NASIR, DATO'

MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977).  Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya.  Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun.  Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISHAK LUTFI HAJI OMAR, DATO'

ISHAK LUTFI HAJI OMAR, Dato’ (1914-1992), ahli politik dan Menteri Besar Kelantan (1959-1964). Dia lahir di Kota Bharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Kota Bharu. Kemudian dia melanjutkan pendidikan agamanya di Makkah selama lebih kurang sembilan tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. DAUD ABD. SAMAD

MOHD.  DAUD  ABD. SAMAD (1925-1982), Menteri Besar Terengganu (1959-1961). Dia lahir di Besut, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Puteh, Kelantan (1935-1939), Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu (1940-1941) dan sekolah pondok di Besut, Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas