| MENTOL | Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia digunakan secara meluas sebagai bahan untuk ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok. Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok pudina. | UMUM | |
| ARGON | Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94 peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William Ramsay. | UMUM | |
| PICAGARI | Picagari ialah sejenis peranti seperti pam. Bentuknya seperti tiub, tirus pada satu hujungnya dengan pelocok atau mentol berongga yang lembut di hujung yang satu lagi. | UMUM | |
| SWAN, SIR JOSEPH WILSON | Swan, Sir Joseph Wilson (1828–1914) ialah ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia mempatenkan lampu yang menggunakan filamen yang bertambah baik yang dibuat daripada selulosa. | UMUM | |
| METER ELEKTRIK | Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam, amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam. Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik menyambungkan meter kepada talian yang membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat berdasarkan bacaan ini. | UMUM | |
| SALEM | Salem (pend. 38 264) ialah bandar di Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini merupakan salah sebuah bandar yang penuh sejarah di New England serta tempat pengadilan tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel, mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan keluaran kulit. Salem State College terletak di Salem. Banyak rumah yang bersejarah terletak di bandar ini termasuk rumah tempat lahir Nathaniel Hawthorne dan House of Seven Gables. | UMUM | |