PESTA MENUAI | PESTA MENUAI, perayaan tahunan masyarakat Dusun-Kadazan di Sabah selepas menuai untuk memuja ‘magavau’ (semangat padi). Dengan usaha Tun Fuad Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah, pesta ini diiktiraf oleh pentadbiran British Borneo Utara sebagai perayaan rasmi tahunan masyarakat Dusun-Kadazan dan dikenal sebagai ‘Tadau Kaamatan’. Magavau merupakan salah satu daripada upacara dan persembahan ketika menyambut perayaan Tadau Kaamatan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
BULAN MENUAI | Bulan menuai adalah nama yang diberi kepada bulan penuh yang berlaku paling hampir dengan ekuinoks musim luruh matahari, iaitu kira-kira pada 23 September. | UMUM | |
MESIN PENGETAM | Mesin pengetam ialah mesin yang pernah digunakan oleh peladang untuk menuai bijian. Mesin pengetam yang ditarik oleh kuda menggantikan sabit, telah digunakan oleh peladang berabad-abad lamanya. Dengan menggunakan mesin pengetam, peladang dapat menuai lebih banyak hasil tanaman. | UMUM | |
MCCORMICK, CYRUS HALL | McCormick, Cyrus Hall (1809–1884), mencipta jentera memungut hasil tanaman yang merevolusikan proses menuai bijian di Amerika Syarikat. | UMUM | |
YULE | Yule ialah perkataan lain untuk Krismas. Yuletide bermaksud musim Krismas. Asal usul perkataan Yule tidak pernah ditentukan, tetapi berkemungkinan perkataan ini berasal daripada pesta menuai pra-Kristian yang diadakan pada bulan November. | UMUM | |
CH'USOK | Ch’usok ialah pesta menuai di Korea. Pesta ini diadakan pada setiap 15 hari bulan lapan mengikut kalendar lunar. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
TUAI | TUAI, alat memotong atau menuai padi. Tuai atau pengetam padi dikenal sebagai ‘anai-anai’ atau ‘renggam’ di Kedah, dan ‘ketaman’ di Pantai Timur. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. Ia mempunyai dua bahagian, iaitu badannya yang diperbuat daripada kayu dan bahagian mata tuai yang dipasang dengan mata pisau. Badannya berbentuk bulan sabit dan di bahagian tengahnya dilengkapkan dengan pemegang berbentuk bulat yang diperbuat daripada kayu. Alat ini diperbuat daripada kayu dan mata pisau. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BERAS KUNYIT | BERAS KUNYIT, beras yang dilumur atau digaul dengan kunyit dan digunakan sebagai salah sau bahan dalam upacara tradisional. Beras kunyit pada umumnya merupakan salah satu peralatan dalam upacara mendirikan rumah, memasuki rumah baharu, membuka ladang dan kebun serta memulakan menanam padi dan menuai. Selain itu, beras kunyit digunakan sewaktu upacara perdukunan, ketika upacara perkahwinan, atau apa sahaja upacara yang berkait dengan budaya tanah. Budaya tanah ini bermaksud kehidupan manusia banyak bergantung hidup pada tanah. Walaupun beras kunyit ini juga digunakan untuk melepaskan kapal aau perahu yang pertama kali akan ke laut, tetapi orang yang ke laut ini pada dasarnya, ialah manusia berbudaya tanah. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
ANGKLUNG | ANGKLUNG, alat muzik tradisional Indonesia yang diperbuat daripada buluh. Permainan angklung telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Sunda di Jawa Barat untuk memeriahkan upacara seperti menuai,’turun bumi’ dan ‘seren taun’. Permainan angklung dalam upacara tersebut adalah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan sambil menyanyi dan menari. | BUDAYA | Konsep |
DUKUN | DUKUN, pengamal pengubatan tradisional. Ada pelbagai jenis dukun antaranya termasuklah dukun bayi (bidan), dukun picit (bomoh urut), dukun prewangan (bomoh yang boleh menghubungi semangat), dukun jalak (mudin), dukun wiwit (pawang yang pakar dalam upacara menuai), dukun temanten (pawang yang arif dalam upacara berhubung dengan perkahwinan), dukun petungan (dukun yang mahir dalam hal ramalan melalui pengiraan angka), dukun sihir dan dukun susuk. | BUDAYA | Konsep |