MOTOR ELEKTRIK | Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin basuh, penyaman udara dan pembersih vakum termasuk motor elektrik, begitu juga pengering rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan kilang berjalan lancar. | UMUM | |
TERMOGRAFI | Termografi ialah teknik pengesanan yang menukarkan tenaga haba yang tak boleh nampak kepada gambar nampak. Alat yang dikenali sebagai termograf digunakan untuk menghasilkan termogram (gambar haba). Termografi digunakan dalam industri, perubatan, dan banyak bidang lain. Termograf kelihatan seperti kamera TV yang disambungkan ke skrin TV. Ia “melihat” suhu dengan mengesan tenaga haba, yang dinamakan inframerah. | UMUM | |
TERMOGANDINGAN | Termogandingan ialah peranti elektrik yang menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan dibuat dengan memintal hujung dua dawai berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan. Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang disambungkan kepada satu daripada dawai di antara simpangan akan menunjukkan pengaliran arus termoelektrik (dijana oleh haba). | UMUM | |
BIOTRANSFORMASI | Penggunaan enzim atau sel-sel mikrob bagi tujuan menukarkan sesuatu sebatian kepada produk-produk yang bernilai secara penstrukturan yang tertentu. | KEJURUTERAAN | Konsep |
RIENZI, COLA DI | Rienzi, Cola di (1313?–1354) ialah patriot Itali yang terkenal. Kerjayanya memperlihatkan bagaimana kuasa dapat menukarkan seorang patriot yang cintakan kebebasan menjadi seorang penzalim. | UMUM | |
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN | Mesin gerakan berpanjangan ialah alat hipotetikal yang boleh secara berterusan menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya. Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang akan berjaya membinanya. | UMUM | |
MIDAS | Midas ialah watak dalam mitologi Yunani. Midas ialah raja Phyrgia, sebuah negara purba di tengah Asia Kecil. Dewa Dionysus memberi kuasa kepada Midas untuk menukarkan apa-apa sahaja yang disentuhnya menjadi emas kerana dia telah membantu guru Dionysus iaitu Silenus (lihat Dionysus). | UMUM | |
MALTOSA | Maltosa ialah nama kimia bagi gula malt. Pembentukan maltosa ialah langkah pertama dalam proses pencernaan makanan berkanji. Enzim ptialin dalam air liur menukarkan kanji ke maltosa. Enzim lain memecahkan maltosa ke glukos (lihat Glukos). | UMUM | |
RANGOON | Rangoon (pend. 1 315 964; pend. kaw. met. 2 452 881) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Myanmar (Burma). Rangoon juga pelabuhan utama dan pusat industri negara. Pada tahun 1989, kerajaan Myanmar menukarkan nama bandar raya ini daripada Rangoon kepada Yangon. Rangoon terletak di selatan Myanmar di kedua-dua tebing Sungai Rangoon kira-kira 32 kilometer ke utara Teluk Martaban, sebahagian dari Lautan Hindi. Untuk lokasinya lihat Burma (peta). | UMUM | |
SIDER | Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi 5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol. Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik. Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka. | UMUM | |