AESCHYLUS | Aeschylus (525–456 S.M.) ialah penulis terawal yang menulis tragedi Yunani yang karyanya wujud dalam bentuk yang lengkap. Dia menulis lebih daripada 80 drama, yang daripada jumlah itu tujuh masih wujud. Karya-karya ini memperlihatkan seorang seniman yang benar-benar patriotik dan warak yang membawa kematangan kepada tragedi Yunani. Sebelum Aeschylus, tragedi Yunani mempunyai seorang pelakon yang hanya dapat memberi respons kepada soalan atau cadangan korus. Aeschylus menambah bilangan pelakon kepada dua, yang mewujudkan dialog yang membolehkan watak berinteraksi. | UMUM | |
DEEPING, WARWICK | Deeping, Warwick (1877–1950) ialah penulis novel Inggeris, yang menulis buku yang termasyhur, Sorrell and Son (1925), berdasarkan pengalamannya semasa Perang Dunia I. Dia menulis lebih daripada 40 novel, termasuk Old Pybus (1928), yang juga menjadi popular. | UMUM | |
DAKWAT | Dakwat ialah cecair, serbuk atau perekat berwarna yang digunakan untuk menulis, melukis atau mencetak. Terdapat beribu-ribu jenis dakwat, sebahagiannya digunakan untuk mencetak akhbar dan majalah atau untuk menulis dengan menggunakan pen mata bulat dan pena. | UMUM | |
KELLER, GOTTFRIED | Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. | UMUM | |
KELUARGA WYSS | Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang popular berkenaan dengan keluarga yang mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743– 1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama anak lelakinya Johann Emanuel (1782–1837). Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya yang lain, Johann Rudolf (1781–1830) menemui semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813. Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai pengarang kisah tersebut. | UMUM | |
SENEFELDER, ALOIS | Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman. | UMUM | |
MOORE, THOMAS | Moore, Thomas (1779–1852) ialah penyair Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk ‘Believe Me If All Those Endearing Young Charms, ‘The Last Rose of Summer’ dan ‘Oft in the Stilly Night’. Moore menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan lagu. | UMUM | |
ARNE, THOMAS | Arne, Thomas (1710–1778), penggubah lagu Inggeris. Dia menulis lagu patriotik “Rule, Britannia”. Drama dan baladanya yang diiringi dengan muzik amat penting dalam perkembangan opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff, seorang penulis drama Irish, bekerjasama menghasilkan balada seperti Love in a Village . Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon Shakespeare, seperti “Where the Bee Sucks” dari lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London. | UMUM | |
STRATEMEYER, EDWARD | Stratemeyer, Edward (1862–1930) ialah pengarang Amerika yang mencipta banyak watak popular dalam kesusasteraan kanak-kanak. Lebih kurang pada tahun 1903, dia menubuhkan Stratemeyer Syndicate, yang menggaji sekumpulan pengarang yang telah menulis banyak buku. Stratemeyer menulis–atau memberikan garis panduan bagi orang lain untuk menulis – lebih daripada 800 buah buku kanak-kanak, yang diterbitkan dengan menggunakan lebih daripada 60 nama pena. | UMUM | |
VALLATHOL NARAYANA MENON | Penyair yang menulis dalam bahasa Malayalam. | SASTERA | Tokoh |