Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.du/.kan] | منوندوقکن

Definisi : 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pan­dangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dlm per-mainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.du/.kan] | منوندوقکن

Definisi : 1 mengarahkan (kepala atau muka) con­­dong ke bawah atau ke hadapan: Ia ~ kepalanya beberapa minit sebelum menjawab. 2 mengalahkan musuh atau lawan hingga menyerah; menakluk; menewaskan lawan dlm permainan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunduk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan memandang ke bawah: bertekur, merunduk, menungau,
Berantonim dengan mendongak

2. Bersinonim dengan menyerah kalah: mengaku kalah, tewas, menungkul, tewas, bertekuk lutut,

3. Bersinonim dengan patuh: taat, menurut perintah,
Berantonim dengan melawan

Kata Terbitan : menundukkan, ketundukan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSLIM IBN ‘UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY

Muslim ibn ‘Uqbah ibn Rabah al-Murriy

ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat

tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut

serta dalam peperangan Siffin bersama-sama

tentera Mu’awiyah dalam barisan tentera jalan kaki.

Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn

Mu’awiyah r.a. sebagai panglima umum untuk

menundukkan penduduk Madinah yang

memberontak terhadap Yazid serta penentangnya.

Abu ‘Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./

683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak

dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam

sejarah sebagai pertempuran al-Harrah.

UMUM 

Kembali ke atas