Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/] | منونجوق

Definisi : 1. mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari telunjuk ke: ia ~ ke papan hitam; 2. memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dgn isyarat: ia menunjuk-nunjuk dgn kipas; 3. mengarah­kan jari (telunjuk) ke atas, mengangkat tangan; 4. menetapkan atau menentukan (orang yg diangkat, dipilih, dll): orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua mereka; 5. mengemukakan sesuatu sbg alasan, mengingatkan sesuatu dgn bukti, menyatakan, merujuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/] | منونجوق

Definisi : 1 mengarahkan jari telunjuk ke: Jarinya ~ ke bangunan parlimen. 2 memberitahu dgn menga­rahkan sesuatu ke: Jarum pendek dan jarum panjang ~ ke angka dua belas. 3 mengemukakan atau menyatakan se­­suatu) sbg alasan; mengingatkan (se­suatu) dgn bukti; merujuk: Ia ~ Fasal 35 sbg dasar tindakannya itu. 4 menentukan sesiapa yg diberi tugas, dipilih, diangkat dsb: Perdana Menteri telah ~ dua orang sbg wakilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(3)

576

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Anak kera hendak diajar memanjat

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MATA ANGIN

Mata angin ialah sejenis peranti yang berputar

bebas pada satu rod tegak dan menunjuk arah

tiupan angin.

UMUM 
KOMPAS

Kompas ialah sejenis peranti yang digunakan

untuk menentukan arah. Kompas yang paling

ringkas ialah kompas yang mempunyai jarum

bermagnet yang dipasang pada paksi dan dapat

bergerak bebas menunjukkan arah. Jarumnya akan

bergerak sejajar mengikut medan magnet bumi

dan menunjuk ke arah utara magnet. Di bawah

jarum ini terdapat kad kompas yang bersenggat

sekata dengan petunjuk arah dan darjah mata

angin.

UMUM 
SITTING BULL

Sitting Bull (1834?–1890) ialah dukun dan

pemimpin Orang Asli Amerika Hunkpapa Sioux

yang terkenal. Banyak orang yang menyangka

bahawa dialah yang mengetuai Orang Asli dalam

pertempuran Little Bighorn di Montana pada

25 Jun 1876. Dalam pertempuran ini, Leftenan

Kolonel George Custer meninggal dunia.

Sebenarnya, Sitting Bull bertindak hanya sebagai

dukun utama dalam persediaan menghadapi

pertempuran tersebut. Pada tahun sebelumnya,

dia menerima visi bahawa semua musuh akan

jatuh ke tangannya. Pada musim bunga tahun 1876,

Sitting Bull mengetuai tarian matahari sambil

memberitahu Orang Asli supaya mengubah cara

mereka berperang. Daripada menunjuk-nunjuk

untuk membuktikan keberanian mereka hendaklah

berlawan untuk, membunuh, atau tanah mereka

akan jatuh ke tangan orang kulit putih. Taktik baru

ini membawa kepada terhapusnya Custer dan

tenteranya.

UMUM 

Kembali ke atas