METER LAJU | Meter laju ialah alat yang menunjukkan kelajuan kereta atau kenderaan lain. Paparan meter laju menunjukkan kelajuan dalam kilometer per jam atau batu per jam atau kedua-duanya. | UMUM | |
PH | pH ialah nombor yang digunakan oleh ahli sains untuk menunjukkan kepekatan ion hidrogen dalam larutan. Umumnya pH berbeza-beza dari 0 hingga 14. Pada 5 o C, pH kurang daripada 7 menunjukkan bahawa larutan adalah asid, manakala pH lebih daripada 7 menunjukkan bahawa larutan adalah bes (alkali). Larutan neutral, seperti air tulen, bukan asid atau bukan bes, mempunyai pH 7. Darah manusia mempunyai pH kira-kira 7.4. Huruf pH adalah bagi keupayaan hidrogen (potential of hidrogen). | UMUM | |
KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
PLANETARIUM | Planetarium ialah peranti yang menunjukkan perubahan kedudukan matahari, bulan, bintang, dan planet dengan cara mengunjurkan cahaya ke dalam kubah. Bangunan yang mengandungi peranti ini dikenali sebagai planetarium. Bangunan ini dapat berdiri sendiri atau merupakan sebahagian daripada bangunan muzium, sekolah, atau universiti. Perkataan planetarium juga membawa erti peranti yang menunjukkan pergerakan planet mengelilingi matahari. | UMUM | |
TANDA DIAKRITIK | Tanda diakritik ialah tanda yang digunakan pada huruf abjad untuk menunjukkan sebutan atau makna kata. Tanda diakritik adalah sebahagian daripada ejaan dalam banyak bahasa. Dalam bahasa Inggeris, sesetengah kata yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain menggunakan tanda diakritik, tetapi tanda diakritik digunakan terutamanya dalam kamus untuk menunjukkan sebutan kata. | UMUM | |
REED, WALTER | Reed, Walter (1851–1902) ialah pegawai perubatan Tentera Darat Amerika Syarikat, membantu menunjukkan cara mengawal demam kepialu dan demam kuning. Semasa Perang Sepanyol–Amerika pada tahun 1898, dia mengetuai sebuah suruhanjaya yang mengkaji punca dan penyebaran demam kepialu di kem-kem Tentera Darat. Eksperimen menunjukkan bahawa lalat merupakan pembawa jangkitan yang utama, dan habuk serta keadaan yang tidak bersih membantu penyebarkannya. | UMUM | |
TUNGGAL | bentuk kata yang menunjukkan makna satu. | BAHASA | Konsep |
GAMBAR RAJAH FASA | Lakaran rajah yang menunjukkan keadaan fizikal atau fasa sesuatu bahan. Sebagai contoh, bagi H2O, fasa cecairnya ialah air dan fasa pepejalnya ialah ais. Secara am, dalam industri petroleum, gambar rajah fasa diperoleh daripada kajian PVT (tekanan-isipadu-suhu)....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
TITIK ISOELEKTRIK | Nilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |