Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarah­an dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh men-jalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilaku­kan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1 meniru tulisan dll dr yg lain. 2 mencontoh perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1 landai ke bawah; lw mendaki: Jalan ke sawah itu agak ~. 2 pergi dr atas bukit ke bawah; pergi melalui lereng bukit dsb ke bawah. 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). 4 berpindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. 5 kemasukan roh halus ke dlm tubuh badan sese­orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENURUN

MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh.  Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional.  Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ‘khadam’ ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit.  Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya.

BUDAYAKaedah
KITARAN PERNIAGAAN

Kitaran perniagaan ialah pola aktiviti

perniagaan bagi ekonomi sesebuah negara.

Aktiviti ini meningkat atau menurun dari semasa ke

semasa.

UMUM 
SAWAI

Sawai ialah istilah yang umumnya digunakan

untuk menerangkan sebarang keadaan separuh

sedar atau lena yang luar biasa. Istilah ini juga

boleh digunakan untuk menerangkan keadaan

orang yang dipukau, menurun, dan orang yang

mengalami gangguan mental. Kadangkala, sawai

berlanjutan untuk jangka waktu yang agak panjang.

Walau bagaimanapun, biasanya sawai hanya

berlaku dalam tempoh waktu yang pendek.

Perkataan sawai, pada mulanya digunakan bagi

keadaan roh yang dipercayai telah meninggalkan

tubuh bagi tempoh waktu tertentu.

UMUM 
SULFONAMIDA

Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian

antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida

merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan

berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria

biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam

merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga

pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat

diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian

yang disebabkan banyak penyakit berjangkit

menurun dengan mendadak disebabkan penemuan

sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu

menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia

II (1939–1945). Kini, para doktor menyarankan

penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat

jangkitan salur kencing.

UMUM 
TIDUR

Tidur ialah keadaan rehat dan tidak sedar terhadap

apa-apa yang berlaku di sekeliling dalam tempoh

tertentu. Tidur tidak sama dengan koma kerana

orang yang tidur mudah terjaga. Manusia atau

haiwan yang sedang tidur boleh terjaga dengan

cepat, misalnya, akibat bunyi bising atau cahaya

lampu yang terang. Semua manusia dan beberapa

jenis haiwan mesti mempunyai jumlah tidur yang

cukup dalam sehari pada sela masa yang tetap.

Apa yang berlaku semasa tidur. Apabila

seseorang itu tidur, semua aktiviti menurun dan

otot berehat. Denyutan jantung dan kadar

pernafasan menjadi perlahan. Orang itu, perlahan-lahan

menjadi tidak sedar terhadap apa yang

berlaku di sekelilingnya.

UMUM 
TEROWONG LÖTSCHBERG

Terowong Lötschberg ialah terowong

landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps

di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan

Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini

yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6

kilometer panjang. Ia sebahagian daripada

landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang

sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez

dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di

Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di

sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan

dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di

Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah

selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône

Valley, dan dari situ ia bersambung dengan

Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali.

UMUM 
MUSIM SEJUK NUKLEAR

Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan

dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang

mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang

seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim

sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan

yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi.

Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk

daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh

haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah

besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan

meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan

bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar

sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu

akan menurun dengan banyak, dan hujan akan

berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung

selama beberapa bulan atau tahun.

UMUM 
PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERSATUAN BAHASA MELAYU, persatuan yang memperjuangkan status bahasa Melayu agar terus berkembang setaraf dengan bahasa maju di dunia.  Kelahiran sesuatu persatuan bahasa Melayu di negara ini berkait rapat dengan sejajar pergerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu.  Golongan yang berpendidikan tinggi sudah mula merasakan bahawa kegemilangan bahasa Melayu yang selama ini menjadi lingua france telah mula menurun.  Jika perkara ini dibiarkan berlanjutan mereka khuatir bahasa Melayu akan mengalami zaman kemerosotannya.  Tempat bahasa Melayu akan diganti oleh bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.  Menyedari akibat buruk yang akan menimpa ini, maka lahirlah beberapa persatuan bahasa Melayu sejak tahun 1888 bagi memperjuangkan bahasa Melayu.

BAHASAPersatuan

Kembali ke atas