Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.su/.kan] | منوسوقکن

Definisi : 1. mencucuk sesuatu pd, menembuskan (dgn barang yg tajam); 2. menanamkan sesuatu (yg tajam) pd, menikamkan: secepat kilat puntung itu ditusukkannya ke muka Pandekah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.su/.kan] | منوسوقکن

Definisi : 1 mencucukkan sesuatu yg tajam pd; menembuskan dgn benda tajam. 2 membenamkan sesuatu yg tajam pd; menikamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tusuk (kata nama)
Bersinonim dengan cucuk, pencucuk, pasak, baji, susuh, susuk, jarum, peniti, penyemak, pacak;,
Kata Terbitan : menusuk, menusukkan, tertusuk, tusukan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BENGKUNG

BENGKUNG,   kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu.  Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang.  Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm.  Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular.  Ada kalanya  seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas