Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.dap] | مڽادڤ

Definisi : 1. mengeluarkan air drpd pokok dgn memotong (menoreh) bahagian-bahagian yg tertentu; ~ kelapa mengambil nira dgn memotong mayangnya; 2. Id mengeluarkan darah dll dr badan (dgn menggunakan pem-buluh getah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sadap (kata nama)
Bersinonim dengan pisau melengkung, sabit, penyadap, arit, cerut;,
Kata Terbitan : menyadap, sadapan, penyadapan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELAGA ARTOIS

Telaga artois ialah telaga yang menyadap air

dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini

naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan

yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk

kepada sebarang air telaga yang sangat dalam.

Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan

bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah.

Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin

terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan

lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu

mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada

sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap

turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah

tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi

disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di

dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung

atas akuifer.

UMUM 

Kembali ke atas