Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,

Puisi
 

Encik Mat Tahir pengasuhnya,
     Muara peti pandai menyala;
Ambillah air buat pembasuhnya,
     Hiduplah api menyala-nyala.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Bermaksud :

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PHLOX

Phlox ialah tumbuhan taman yang biasa terdapat

dengan bunganya berwarna terang. Nama phlox

berasal daripada perkataan Yunani bagi api yang

menyala . Walaupun terdapat pelbagai warna,

bunga phlox tidak pernah berwarna merah

menyala.

UMUM 
API YUNANI

Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala

dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh

air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani

Byzantine mula-mula menggunakannya dalam

peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah

satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur,

resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida

atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk

memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin.

Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai

serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu.

UMUM 
ASETILENA

Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan

mudah menyala, biasanya digunakan untuk

membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan

sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 .

Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu.

Gas ini juga akan meletup apabila bercampur

dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy,

mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836.

Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860,

apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot,

menemui satu cara untuk mensintesis gas ini

daripada karbon dan hidrogen, dengan

menggunakan arka elektrik.

UMUM 
DIAN

Dian ialah bahan yang dibuat daripada lilin atau

bahan yang sama yang dinyalakan untuk memberi

cahaya. Apabila dian dinyalakan, lilin dicairkan

oleh api dari sumbu. Lilin cair ini menyala dan

menghasilkan cahaya.

UMUM 
PERINTAH BERKURUNG

Perintah berkurung ialah satu tempoh dari

siang hari yang membawa ke petang dan

berakhirnya kerja. Perkataan ini berasal daripada

perkataan Perancis couvrefeu yang bermaksud

padamkan apa yang sedang menyala . Pada

permulaan waktu perintah berkurung, loceng

dibunyikan memberitahu penduduk supaya

memadamkan lampu, menutupi api dan tidak

berada di jalan raya sehingga hari siang.

UMUM 
METONIMI

Metonimi. Kita sering menggunakan perkataan

secara kiasan berbanding dengan secara harfiah.

Sesetengah bentuk ungkapan ini dinamakan

metonimi. Apabila kita “turn on the light”, kita

sebenarnya menekan suis, menutup litar elektrik dan

menyebabkan lampu menyala. Kita memberi nama

kesan kepada sebab.

UMUM 
MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG

MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG, makanan yang dimasak di atas bara api atau didiangkan pada api yang sedang menyala. Membakar makanan boleh juga di dalam ketuhar, atau di dalam periuk dengan bara api di atas dan di bawah periuk tersebut.

BUDAYAMakanan
DELIMA

Delima ialah buah daripada pokok yang ditanam

dalam iklim panas. Pokok ini tumbuh liar di barat

Asia dan barat laut India. Ia juga ditanam secara

komersial di negara-negara yang bersempadan

dengan Laut Mediterranean dan di tengah

California, Amerika Syarikat. Pokok delima adalah

bak pokok belukar apabila ia tumbuh liar, tetapi

apabila ditanam, ia tumbuh sebagai pokok kecil.

Ia mencapai ketinggian di antara 4.5 hingga enam

meter dan mengeluarkan dahan-dahan kurus.

Bunganya yang berwarna merah menyala tumbuh

di hujung dahannya.

UMUM 

Kembali ke atas