Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.lur.kan] | مڽالورکن

Definisi : 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerja­sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.lur.kan] | مڽالورکن

Definisi : 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyalurkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALURAN PAIP

Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan

untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak

yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang

penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat

moden. Saluran paip menyalurkan air untuk

kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan,

mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil

petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah,

dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa

sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu

arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan

perusahaan.

UMUM 
BRITISH BROADCASTING CORPORATION (BBC)Institusi yang menyalurkan beritaTEKNOLOGIInstitusi/Organisasi
CABLE NEWS NETWORK (CNN)Institusi yang menyalurkan beritaTEKNOLOGIInstitusi/Organisasi
SIFON

Sifon ialah alat ringkas untuk menyalurkan cecair

dari satu paras ke paras yang lebih rendah. Ia

terdiri daripada hos atau tiub yang dibengkokkan

supaya satu bahagiannya lebih panjang daripada

bahagian yang satu lagi. Untuk mula berfungsi,

sifon mesti diisi dahulu dengan cecair

sepenuhnya. Jika bahagian sifon yang

pendek dimasukkan dalam bekas cecair,

cecair itu akan mengalir naik ke bahagian tiub

yang pendek dan mengalir turun dan

keluar dari bahagian tiub yang panjang.

UMUM 
SALUR ALIMENTARI

Salur alimentari ialah tiub panjang yang

menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan

dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter

panjangnya. Haiwan yang memakan daging

biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih

pendek daripada haiwan yang memakan rumput.

Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk

farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.

UMUM 
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM 
PAIP

Paip ialah tiub yang digunakan untuk mengangkut

cecair dan gas dari satu tempat ke tempat lain. Talian

paip setara dari segi kepentingan dengan lebuh raya

dan jalan kereta api sebagai cara untuk mengangkut

bahan yang berguna kepada manusia. Paip besar

menyalurkan air dari kolam, tasik, atau lain-lain

sumber bekalan air ke bandar.

UMUM 
CAKLEMPONG

CAKLEMPONG, kumpulan muzik tradisional dari Minangkabau, Indonesia.  Caklempong atau dikenal juga sebagai telempong dan caklempong dirujukkan kepada sejenis alat muzik yang bergema (idiofon).  Persembahan caklempong diiring oleh alat muzik lain seperti bonang, rebana, gong, seruling, bangsi dan bio;a.  Fungsi utama persembahan caklempong adalah untuk menghibur dan menyalurkan nilai murni.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas