Teluk Mexico ialah sebahagian daripada Lautan Atlantik yang melengkung dan besar. Ia hampir dikelilingi oleh Amerika Syarikat dan Mexico. Teluk ini membentuk satu lembangan lautan yang luas dan meliputi hampir 1 800 000 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 1300 kilometer dan lebarnya 1770 kilometer. Selat Yucatán menyambungkan Teluk Mexico dengan Laut Caribbean, dan Selat Florida mencantumkannya dengan Lautan Atlantik. Air teluk yang suam mengalir melalui Selat Florida menjadi arus Atlantik yang penting yang dikenali sebagai Arus Telukan (lihat Arus Telukan) . |