Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.sar.kan] | مڽاسرکن

Definisi : 1. menghalakan, menujukan; 2. menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.sar.kan] | مڽاسرکن

Definisi : 1 menujukan; menghalakan. 2 mene­tapkan matlamat (hasil, perolehan dsb) yg hendak dicapai: Pihak pemasaran ~ jualan sebanyak 10,000 unit menjelang hujung tahun ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyasarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN GULI

Permainan guli ialah permainan kanak-kanak

yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya

dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali

sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan

di atas permukaan yang rata di luar rumah.

Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang

terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi.

Para pemain menyasarkan guli-guli dengan

mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut

gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan

menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke

arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli

objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut

apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas

tanah semasa menyasar.

UMUM 

Kembali ke atas