Pitsudski, Józef (1867–1935) ialah patriot Poland yang memimpin pergerakan pembebasan Poland daripada Rusia dan membantu menyatupadukan negaranya. Pilsudski berkhidmat sebagai ketua negara Poland yang pertama dan juga menteri perang selepas Poland bertukar menjadi sebuah republik pada tahun 1918. Perlembagaan demokrasi yang baru diwujudkan menjadikan jawatan presiden sebagai satu jawatan yang lemah. Oleh itu, Pitsudski enggan dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut. Pada tahun 1922, dia mengundurkan diri daripada politik buat sementara waktu. Pada tahun 1926, dia menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan kerajaan. Profesor Ignacy Mos´cicki dilantik menjadi presiden yang baru. Pitsudski menjadi perdana menteri dan berkhidmat hingga tahun 1928. Pada tahun 1930, dia sekali lagi menjadi perdana menteri. Pitsudski berjaya mengekalkan kuasa sebenarnya dalam kerajaan dan berkuasa sepenuhnya sejak tahun 1926 sehinggalah dia meninggal dunia. |