Sydney ialah bandar yang tertua dan terbesar di
Australia. Ia adalah ibu negeri New South Wales
dan mempunyai 64 peratus daripada jumlah
penduduk negara ini. Bandar dan subbandar di
sekitarnya berkembang di pantai pasang-surut
pelabuhan Port Jackson yang indah dan
mengagumkan. Dua mercu tanda Sydney yang
paling masyhur, Harbour Bridge dan Opera House,
terletak di sebelah-menyebelah terminal feri utama
di Circular Quay.
PAPAR, sebuah daerah petempatan utama di pantai barat Sabah sebelum British berkuasa. Ketika itu daerah Papar lebih dikenal sebagai Sungai Papar. Di selatannya ialah Sungai Kimanis dan Sungai Bongawan sementara di utaranya Sungai Kawang dan Sungai Kinarut. Sempadan daerah ini ditentukan mengikut sungainya. Oleh itu, daerah Papar hanyalah merujuk kepada kawasan sebelah-menyebelah sungainya sahaja, dari hulu hingga ke muara sungai. Setiap daerah ini dimiliki oleh keluarga Kesultanan Brunei dan tertakluk di bawah peraturan serta undang-undang kerajaan Brunei.
Thanks for clicking. That felt good.