MENYELAM AMBIENT | Menyelam ambien lihat Menyelam dalam air. | UMUM | |
MENYELAM | Menyelam ialah aktiviti berenang di bawah permukaan air sambil menahan nafas atau bernafas menggunakan tangki udara termampat. Istilah ini umumnya merujuk kepada selam tahan nafas , iaitu bentuk menyelam yang paling tua dan paling ringkas. Menyelam dengan menggunakan bantuan tangki udara dikenali sebagai selam skuba . | UMUM | |
MENYELAM DALAM AIR | Menyelam dalam air ialah cara orang sampai ke dunia yang luar biasa dan indah di bawah permukaan lautan, tasik, dan sungai. Orang zaman purba menyelam dalam air untuk mencari ikan, haiwan air yang lain, dan tumbuhan untuk makanan. Dengan kemahiran yang dimajukan dan perkembangan peralatan, berbagai-bagai kegiatan lain telah mula dilaksanakan dalam air. | UMUM | |
MENYELAM SKUBA | Menyelam skuba merupakan aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan dengan bantuan sumber udara yang dimampatkan dalam silinder yang dibawa pada belakang badan penyelam. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MEMERANG | Memerang adalah anggota famili wesel. Memerang hidup berhampiran air dan menghabiskan banyak masa di dalam air. Memerang adalah pakar renang dan menyelam, dan boleh menyelam dalam air selama tiga atau empat minit. Ia bergerak canggung di darat. | UMUM | |
AQUALUNG | Aqualung lihat Menyelam dalam air (Sejarah). | UMUM | |
SUKAN AIR | Sukan air lihat Berenang; Bermain ski; Luncur air; Memancing; Menyelam. | UMUM | |
BURUNG LOON | Burung loon ialah sejenis burung air yang berbadan menarik untuk berenang dan menyelam. Burung loon mempunyai ekor yang pendek dan kaki berselaput kulit, dan kelihatan seperti itik besar ketika terapung-apung di atas air. | UMUM | |
BURUNG TROPIKA | Burung tropika ialah mana-mana satu daripada tiga spesies burung laut yang terdapat di kawasan tropika. Burung tropika memakan ikan yang ditangkap dengan menyelam ke dalam air dari udara. | UMUM | |
ZAHARIAS, BABE DIDRIKSON | Zaharias, Babe Didrikson (1911?–1956) ialah atlet Amerika yang dianggap sebagai salah seorang atlet wanita teragung dalam sejarah sukan. Dia memperoleh kemasyhurannya yang bertahan lama dalam sukan golf dan olahraga, malah dia juga bertanding dalam pasukan bola keranjang, besbol, biliard poket, tenis, menyelam, dan juga berenang. | UMUM | |