Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyelaras


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
ROTARY INTERNATIONAL

Rotary International ialah pertubuhan sedunia

bagi semua Kelab Rotary. Kelab Rotary dianggotai

oleh sekumpulan pemimpin masyarakat daripada

pelbagai bidang pekerjaan atau perniagaan.

Pertubuhan ini menyelaras kelab ahli dan bekerja

untuk membangunkan kelab ini. Ahlinya

mengadakan khidmat kemanusiaan, menggalakkan

tahap etika yang tinggi dan menolong membina

keharmonian dan keamanan di dunia.

UMUM 
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM 
PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU

PERANCANGAN KORPUS BAHASA MELAYU, usaha merancang dan menyelaras ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, tatabahasa, istilah dan kamus untuk bahasa. Perancangan korpus bahasa Melayu bermula sejak adanya individu berusaha membina ejaan, tatabahasa dan menyusun kamus serta istilah untuk bahasa Melayu.

BAHASABahasa
JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa. Jawatankuasa ini diwujudkan oleh Persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan pada 1 Julai 1968, yang telah memutuskan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Majlis tersebut merupakan sebuah badan kebangsaan bagi menyelaras kerja, kegiatan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia.

BUDAYAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas