MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis bagi mengembalikan keamanan negara. MAGERAN ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail. | UMUM | |
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU | PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa. | BAHASA | Bahasa |
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM | Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab terhadap semua aspek pemuliharaan alam di United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza. Organisasi itu ialah Countryside Council for Wales, English Nature, dan Scottish Heritage. Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan alam negara, menentukan tempat-tempat yang mempunyai kepentingan saintifik, dan bertanggungjawab kepada penentuan simpanan alam laut. | UMUM | |
PEMBANGUNAN EKONOMI | Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi ialah persatuan 25 buah negara di Eropah Barat, Amerika Utara, dan kawasan Pasifik. Organisasi ini dikenali sebagai OECD ( Organization for Economic Cooperation and Development ) berfungsi untuk menggalakkan ekonomi dan kebajikan sosial negara anggota, dan menyelaraskan usaha untuk membantu negara- negara membangun. | UMUM | |
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA | LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA, badan berkanun yang menyelaraskan aktiviti perikanan di Malaysia. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga dikenal sebagai MAJUIKAN. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |