Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.leng.ga.ra.kan] | مڽلڠݢاراکن

Definisi : 1. mengu­rus dan mengerjakan, mengelolakan, meng-usahakan: ladang yg luas diselengga­rakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalan-kan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. mem-bela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.leng.ga.ra.kan] | مڽلڠݢاراکن

Definisi : mengerjakan serta mengurus sesuatu: Sebuah jawatankuasa telah dibentuk utk ~ pameran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selenggara
Kata Terbitan : menyelenggarakan, selenggaraan, penyelenggaraan, penyelenggara,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANDA KEBAKARAN

Tanda kebakaran ialah plat logam yang

digunakan oleh syarikat insurans British yang

biasanya dipasang pada bangunan yang

diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat

menyelenggarakan bomba masing-masing untuk

menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh

syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah

syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan

mendapati bahawa bangunan berkenaan

diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba

tidak akan memadamkan kebakaran tersebut.

Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum,

kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada

bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan,

biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini

menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak

tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan.

Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun

1660-an selepas Kebakaran Besar London.

UMUM 
BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU

BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU, badan yang menyelenggarakan usaha membina bahasa, menyempurnakan bentuk dan aturannya supaya dapat bahasa itu berfungsi sebagai bahasa moden, bahasa saluran fikiran dan perasaan yang canggih dan sebagai wahana budaya tinggi sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa utama sesuatu masyarakat.

BAHASAKonsep
JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM,

JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM, sebuah jabatan dalam Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1970, semasa Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan, salah satu jabatan sulung yang diwujudkan ialah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu untuk menyelenggarakan kursus – kursus dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pada bulan Disember 1972, jabatan ini dinaikkan tarafnya sebagai satu fakulti dengan nama Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu), untuk meliputi tugas yang lebih luas.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENGAJIAN MELAYU DI CHINA

PENGAJIAN Melayu DI cHINA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pengajian Melayu di China sudah mencapai hasil yang cukup berkesan pada zaman dahulu, namun semua pengajiannya masih dilakukan secara perseorangan tanpa ada satu pusat pengajian.  Pusat pengajian Melayu  yang pertama muncul pada tahun 1927 ketika Univesiti Jinan, Shanghai menyelenggarakan Departmen Usaha Kebudayaan Nanyang.  Pengajian Melayu merupakan salah satu kursus yang dikendalikan di universiti ini.  Pada masa perang menentang Jepun, The South Seas Society yang dipindahkan dari Singapura ke Chongging pada tahun 1942, menjadi pusat pengajian Melayu yang penting.  Pada bulan Julai 1949, Jurusan Melayu digabungkan ke dalam Fakulti Bahasa Timur di Universiti Peking dan namanya ditukar kepada Jurusan Bahasa Indonesia.  Inilah pusat pengajian Melayu yang pertama selepas tertubuhnya Republik Rakyat China.  Kursus ini menitikberatkan bahasa, sastera, kebudayaan dan sejarah Indonesia/Melayu. 

BAHASAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas