PENTADBIRAN ISLAM DI SINGAPURA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTADBIRAN Islam DI SINGAPURA, sistem pentadbiran mengenai hal ehwal agama Islam di Singapura. Sebelum kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, sistem pentadbiran agama Islam tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Tahap keberkesanannya juga gak terhad. Pada masa itu, terdapat dua badan utama yang menguruskan pentadbiran tentang hal ehwal agama Islam iaitu Muslim and Hindu Endowments Board (1906) dan Muslim Advisory Board (1915). Walau bagaimanapun, kedua-dua badan ini hanya mampu menggariskan sistem pentadbiran agama secara umum. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
PENGHIBURAN | 1.25pt 0pt 0in" class=MsoNormal>PENGHIBURAN, majalah sastera. Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak. Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali. Ia diterbitkan dua kali sebulan. Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen. Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama. Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI] | SASTERA | Penerbitan |