Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1. mende­ngar-kan atau memerhatikan (percakapan, bacaan orang) dgn teliti: murid mesti ~ kalau guru mengajar; 2. mengkaji, meneliti: murid-murid hendaklah ~ jawaban yg ada di dlm jadual ini; 3. memeriksa atau meneliti kembali (supaya tidak ada yg salah dll), memerhatikan baik-baik: sukatan pelajaran yg digunakan pd zaman penjajah dahulu perlu disemak semula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1 me­meriksa semula supaya tidak ada ke­salahan apa-apa; memperhatikan se­suatu karangan dll baik-baik; me­neliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu da­hulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg di­ucapkan atau yg dibacakan orang: Se­mentara Ali membaca, kamu semua hen­daklah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nye.ma/] | مڽمق

Definisi : 1 tumbuh menjadi semak (bkn tumbuh-tumbuhan); kotor kerana banyak semak: Bunga-bunga ini ~ saja. 2 ki mengganggu dan mengusutkan fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semak2
Kata Terbitan : menyemak, semakan, penyemakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULEIMAN I

Suleiman I (1494–1566), menjadi terkenal di dunia

Barat sebagai “The Magnificent” tetapi di kalangan

rakyatnya sendiri sebagai “The Lawgiver”. Baginda

adalah pemerintah ke-10 Empayar Uthmaniyyah.

Baginda mengetuai bala tenteranya menyerang

Hungary, dan menyerang kubu Vienna. Di Asia,

tenteranya menyerang Parsi (Iran), dan menawan

Tabriz dan Baghdad. Angkatan laut Suleiman

menguasai Laut Mediterranean, Laut Merah dan

Teluk Parsi. Kelasi-kelasinya menguasai Afrika Utara

dan menyerang pantai Sepanyol, Perancis, dan Itali.

Suleiman menawan pulau Rhodes daripada

Kesateria Saint John. Baginda menyemak semula

sistem perundangan Empayar Uthmaniyyah. Baginda

bergaduh dengan beberapa orang anaknya dan

menghukum bunuh dua daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas