Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ma.ra/.kan] | مڽمارقکن

Definisi : 1. menjadikan berse­marak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ma.ra/.kan] | مڽمارقکن

Definisi : 1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semarak (kata nama)
1. Bersinonim dengan seri: cahaya, sinar, sorot kilauan, nur, kejernihan, kurrat, pendar, kilat, gemerlap, kilap,
Berantonim dengan kemalapan

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan keelokan, kebanggaan, kemegahan, kemuliaan, ketinggian, kebesaran, jah, seri, keindahan, kemasyhuran, kehormatan, keluhuran,
Berantonim dengan kehinaan

Kata Terbitan : bersemarak, menyemarakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UTUSAN MELAYU PRESS LTD.

UTUSAN MELAYU PRESS LTD., organisasi media yang terulung di Malaysia.  Utusan Melayu Press Ltd. ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura.  Penerbit ini ditubuhkan untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai wadah perjuangan orang Melayu menentang penjajahan dan menyemarakkan perjuangan bagi kepentingan bangsa, agama dan negara.  Pejabat Utusan Melayu Press Ltd., pada mulanya terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Queen Street dan kemudiannya berpindah ke Cecil Street.  Antara pengasas Utusan Melayu adalah Yusof Ishak, Daud Mohammad Shah, Haji Embok Soloh, Haji Abdul Hamid Haji Mohammad, Tengku Abdul Kadir Mohamad, Haji Ismail Haji Mohamad Taib, Embok Abdul Ghani, Haji Omar dan Abdul Jalil Haji Harun.  Dengan modal permulaan sebanyak $12,290.00, lahirlah Utusan Melayu Press Ltd., pada 19 Mei 1939.

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas