| KELAPARAN | Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat, lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk mengatur proses tubuh dan untuk membina dan menyenggara tisu tubuh. | UMUM | |